? ??????????????What It Do (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.4 (12 Ratings)??3725 Grabs Today. 19075 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????Red? ????? ?? ???Rating: 4.8 (40 Ratings)??3329 Grabs Today. 27438 Total Grabs. ??????Preview?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 28, 2010

"Identiti janda jadi pengebom diketahui"

MOSCOW - Salah seorang pengebom berani mati wanita yang meletupkan diri di stesen tren bawah tanah di Moscow pada Isnin lalu disyaki sebagai Dzhennet Abdurakhmanova iaitu janda berusia 17 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Kematian suaminya, seorang pejuang Islam Dagestan, Umalat Magomedov pada Disember tahun lalu dalam serangan tentera Rusia di Chechnya dikatakan menjadi penyebab Dzhennet yang melakukan serangan berani mati di sebuah stesen tren bawah tanah di Moscow.
Pada Isnin lepas, dua penyerang wanita berani mati melakukan serangan bunuh diri di dua buah stesen tren bawah tanah di Moscow mengakibatkan 39 penduduk maut dan mencederakan 90 yang lain.
Dzhennet yang berwajah keanak-anakan merupakan antara wanita Chechen yang dikenali sebagai 'janda gelap'.
Mereka telah bersumpah untuk menuntut bela atas kematian bapa, saudara lelaki dan suami yang dibunuh oleh tentera Rusia.
Polis menyiarkan gambar-gambar wajah dua orang pengebom berani mati pada minggu ini.
Bagaimanapun wanita yang melancarkan serangan bom kedua masih belum dapat dikenal pasti. Namun, akhbar Rusia Kommersantmendakwa pengebom itu ialah seorang wanita Chechen berusia 20 tahun, Markha Ustarkhanova. - Agensi

0 comments: